Skip to main content

Cantik di mata wanita dan lelaki.

For everyday lives, we meet and we interact. Sama ada senyum, sembang atau angkat kening sambil menghirup nescafe bersama rakan2. 

Tiap kali turun pegi lobby, ramai sgt aweks yg cun. Tak masuk lg dkt second floor, ada ramai lg pilihan (tangible items),. sebab aisha selalu teman khairi yg mana satu terbaik utk dia.
Dari segi pemilihan kasut, cara jalan, outfit, confidence level, expression and everything. Its one of the most great thing to do.

dan salah satu nya sumber yg aisha jumpa ialah vt dari peserta nona manis, tajuk yg serupa.

Di mata mereka wanita tak semestinya cantik umpama model, tapi kebanykan dorang akan mengambil kira sikap perempuan tu sendiri. Mungkin betul kot sebab sam bunkface rileks jer dengan aida, sebab aida kan ada value ;pandai, petite, kaya, power. Tak semua lelaki pandang rupa. 

Yang menariknya, seorang lelaki ni dia kata semua perempuan cantik, cuma yg membezakan dorang ialah rajin atau malas.  

Jadi, perempuan tak perlu risau untuk dapatkan lelaki yg sayang dia se adanya. Kalau lelaki tu tau wanita ini pelengkap hidup dia, insyaallah dia akan jaga baik2. Harapnyalah. 

Tapi di mata wanita cantik lelaki mungkin dari segi .........ambil berat. Perempuan kalah dekat situ.
Ramai tau, mcm kisah hairul azreen dengan haniz zalikha. Bayangkan hairul cari haniz bertahun lamanya? dahlah tak kenal dekat luar, boleh tau nekad nak cari haniz ,tak kisah buat apa2 pon.

hmm.susah lah nak cerita pasal benda ni.

masa aisha kenal kak j dekat BLT dulu, kak J ni dia sentiasa tenang, ribut taufan ke puting beliung ke. dia rileks jer dengan semua keadaan. dan menjadi andartu ni bukannnya senang, sebab mulut orang jahat. Kacau dia la, nak buat isteri ke 2 la, Boleh ada yg sanggup mengata perempuan kalau belajar tinggi2, sampai UM tapi tak kahwin. tak guna jugak. rasa2 apa respon kak j? Kak J senyum, dia sangat tenang , tapi kita tak tau dalam hati dia mcm mana dia tahan gelora tu.

kadang dia kena pergi site dengan lelaki, so dia pon nampak pening dekat situ. Lama aisha perhatikan dia sebab dia tenang, kebanyakan perempuan kalau lambat kahwin mesti ada yg tak kena. 

sama ada dia ada mood swing, atau dia akan jadi pemarah. Kebanyakan nya pemarah. sangat garang.


Satu masa tu, bila aisha dah nak resign dan snap gambar dengan dia.. aisha tak ingat mcm mana conversation tu mula, tapi yg paling lekat kata2 kak j ialah "dekat syurga nanti, semua dpd kita berpasangan. Jadi, kita yg masih hidup dkt muka bumi Allah ni, kita kena sabar. Bila tiba masa kita jumpa dengan Allah, kita solehah. Allah akan jumpakan kita dengan pasangan kita dekat syurga. Seronok kan?" tersenyum.

*************************************************

Dengan semua nikmat yg Allah kurniakan dekat muka bumi Allah ni, kita kena syukur. dan sabar. Sekarang yela kita tak nampak, akan datang rezeki Allah kita tak tau. 

Kita mungkin boleh alter muka kita mcm nora danish ke, inject nak putih, makan mcm2 suplemen. Tapi kalau kita tak mampu nak bahagiakan diri kita dengan akhlak, kita tak cantik. Semua yg kita buat tu topeng, palsu, tipu, dan kita akan mampu tipu orang yg sama level dengan kita. 

Hanya insan yg genuine je boleh nampak kecantikan seseorang itu asli. 

Kita boleh usaha, tapi kita kena tau kita sebagai manusia ada limit yg Allah tetapkan utk kita sedar yg kita ni sebenarnya lemah. Sebab tu Arwah Buya Hamka  selalu sebut dekat anak dia, yg dia mampu sehingga jdi ketua ulama Indonesia bukan kerana ilmu dia. Kerana pengharapan dan bantuan Allah terhadap dia. Walaupun dia ada karya tersohor yg dia usahakan bertahun2, Tafsir Al Azhar. 

Insyaallah, kalau kita sabar dan yakin, satu masa nanti Allah akan bagi hadiah. Jadi cantik yg kita sangkal melalui wajah, ketinggian, cara orang berjalan tu smua adalah additional points.
main point dia adalah insan tu sendiri :')


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Anak Nakal.

Anak nakal tidak digemari tetamu. lebih2 lg anak yg sering mempraktikkan cara ShinChan dan Hagemaru. Anak pasif digemari tetamu. biarpn membisu dan spt patung..itu lebih baik =) Anak2 zaman skg ni bahaya jgak..kita marah dia, dia marah kita balik..kita cubit sikit, kepala kita kena ketuk. Mcm mana ni.. Apa yg mak bapak dia kena buat spy anak2 dia menjadi pewaris spt Sheikh Qadir al jailani, fathi yakan, imam2 yg tersohor zaman dulu..  teringat sy akan ceramah malam tadi, Rasulullah bersabda kajilah alam, namun perlu diikut dgn kitab (quran). Jika kita hanya mengkaji alam, maka kita hanya maju dr segi meterial, namun akhlak dan ketamadunan manusia itu miskin. Begitu jg sebaliknya. Mak ayah mmg memainkan peranan yg penting utk pembangunan insaniah anak2, antara yg kita selalu lupa ialah mendidik anak2 cintakan agama dan ilmu. Mak apak kena ajar anak pergi surau dan kenal Allah, siapa Rasulullah, apa yg Rasulullah kata..apa yg Allah tak bagi..kenapa Allah sayang hamba yg baik..kenapa

Talking about love isn't orthodox at all.

Hi all,  For the past 5 months, i have spent my time with learning typing without looking into the keyboard.. ok.. i lied, i looked a bit. I also didn't expect to spend most of my time with listening to the abuse victims in many kind of crimes and at last most of them found in learning made them more valuable and now some of them became a social volunteers, some became as psychologists. Aside of making sure mom's emotion to much more stable, I also invent new recipes for mom, which i never had when i was super young. I was really surprised mom liked it.   ok. at this point, you'll be wondering what do i do for living?  okay, just a brief explanation..i have several shares on other companies which some of them were IPO's (Initial Public Offering is a shares that some companies open to the public) and some went into equity on healthcare, technology and pharmaceutical.  Back to the main story, i was really into story telling when i was young, until i made decision into fin

Doa Rabitah.

Nak tau tak, apa yg ada kelebihan utk doa ni..doa ini dapat merapatkan hubungan sesama manusia wpun deme berjauhan..ada sorg jejaka tu pernah tanya ustaz, ustaz mcm mn ust handle anak2..sedangkan ust selalu berjauhan dgn mereka.. dan ust tu kenalkan doa ini..insyaallah kalau selama ni kte pernah ada miscommunication dgn sespe, kte rs kurang serba serbi, hati asyik sedih2 atau pn apa...kte kembali kpd Allah.  Intisari maksud doa rabitah: Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini…  (bayangkan wajah-wajah rakan seperjuangan) :- (Sifat-sifat Hati) berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu kerana mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu; (Didikan Hati) maka eratkanlah ikatannya, kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini, tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar; (Bekalan Hati) penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung padam, lapangkanlah hati