Tuesday, December 12, 2017

Apa sangat dugaan aku dibandingkan anak2 palestin, syria yaman..

tulisan arab surat albaqarah ayat 214Aku adalah anak bongsu, lahir dpd keluarga tak tidak bahagia. Waktu lagu "keluarga bahagia " berkumandang di tv, radio..aku sering berdoa pada Allah. 'Ya Allah, cepatlah hamba membesar..hidup sbg seorang anak yg sering dipukul, didera, terlalu perit. Hidup kami umpama hambanya abdi' cuma tak dijemur bawah terik matahari je time tu. Tapi bila tetkenang waktu skg, aku rasakan itu umpama mimpi. Tapi, aku untung, mak ada di sisi.. Jadi lagu "senyuman ibunda.. Kasih yg dibawa, ikatan terbina. Wujudlah keluarga bahagia, oh bahagia"
Oh ya, lagu itu sangat relevan bg aku. 
Pada waktu itu, aku jd bersemangat utk membesar sbg anak yg berjaya. Yang akan membela nasib mak ketika tua..
Sama seperti abang-abang dan kakak aku dulu. Kita semua sepakat, cakap nak bela mak, nak sayamg mak, balik kerja akan cari mak..tapi sayang, aisha tak mampu nak pujuk hati-hati abang yg terleka dek dunia. 
Waktu kita kecil dulu, bangah, bancik selalu sebut..adik lahir waktu arwah along pergi tinggalkan mak. Mak habis je pantang, aalinv meninggal. Along dulu pon suka agama.. Habis solat dia mesti akan baca kitab. Mirip tafsir al azhar, tp kitab along dlm jawi. Along pergi tahun 1991, usia 9 tahun. Impak along besar buat kami 4 beradik, kita sepakat kata nak berjaya demi membela nasib mak..sayang seribu kali sayang..aisha tak pernah salahkan abang-abang sepanjang aisha habiskan masa dengan mak. Sbb ini demi aisha juga, di akhirat nanti..Allah akan tanya, masa hidupmu dulu, apa yg kau habiskan? Insyaallah. Aisha ada jawapan. 

No, aisha tak tinggalkan abang-abang sepanjang tempoh ini. Doa aisha sentiasa mengiringi..cuma, yelah, aisha tak rasa abang-abang aisha ingat adik dia yg dah anak dara tua ini. 

Bangah, bancik..
Kenang lah waktu dulu apabila kita pernah hopeless dan tak mampu huat apa-apa demi mak. Skg, bila Allah dah beri nikmat..kenapa lupa? 
Rezeki Allah tak pernah kurang. Tak pernah sikit. Sebab kita hambanya yg Maha Kaya. 
Waktu atap rumah tercabut tahun lps, aisha tinggal berdua dgn mak. Apa-apa boleh jadi..Maha suci Allah, seminggu kami hidup tanpa elektrik, orang nak pecah masuk pon boleh. Maha suci Allah. Selamat, tak ada jatuh ditimpa tangga. Tp sayang, abang-abang aisha tak call pon tanya aisha, okey ke tidak. Sebenarnya, dah lama aisha merajuk, tapi aisha pendan
 ALLAH teman terbaik...Rasulullah seolah-olah memandang aisha dari jauh. Itu buatkan aisha kuat dan kuat lagi
 Ada tak korang tanya, ada tak lelaki confess cakap nak kau sha? 
Tak pernah kan? Korang takut kalau aisha kawen kan? 
Takpe, dah lama aisha bg tau Allah, aisha insyaallah akan sentiasa menjadi lilin demi mak. Aisha lahir waktu along pergi tinggalkan mak. Sakit itu sementara, kegemilangan selamanya. Dunia ini sementara,akhirat kekal selamanya. 
Untuk itu, aisha pilih ayat al baqarah 214...
“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: ‘Bilakah datangnya pertolongan Allah.’ Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (QS. Al-Baqarah: 214)
Allah swt. berfirman: am hasibtum an tadkhulul jannata (“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga.”) Sebelum kamu diuji dan dicoba, sebagaimana yang Allah Ta’ala timpakan kepada orang-orang yang sebelum kamu. Oleh karena itu, Dia pun berfirman: wa lammaa ya’tikum matsalul ladziina khalau min qablikum massatHumul ba’saa-u wadl-dlarraa-u (“Padahal belum datang kepadamu [cobaan] sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan.”) Yaitu berupa berbagai macam penyakit, musibah, dan cobaan.”)

Tuesday, August 29, 2017

Rindu Ann

Rindu ann sampai demam........


Masa first time berpisah ngn ann, masa tu aisha tumpang rumah kakak dekat pjya, dia blok sebelah. Stay dengan mak, and abg dia..

Waktu 3 pagi terjaga, buka phone, tgk gambar lepak dgn ann. kata je mana masa tu,..Bangi, kajang, cyberjaya, pjaya smpi naik boat dekat Presint 3 tu.. hmm that was the moment that i could feel the attachment.

Aisha tak penah feel attachment mcm tu dengan mana2 kawan, dari dia zaman kanak2 sampai la dewasa.

Ann adalah yg first.

Dah berapa tahun aisha tak jumpa ann? Almost setahun mungkin. Last masa wayang #adiwiraku.

Its so hard to tell your heart that u can hold this but actually u cant.

Tuesday, October 14, 2014

aisha dan an

kami bukan seperti joe phlizzow dan malique.

kami hanya lah an dan aisha. 


So nanti kan, kalau aisha pindah KL. huhuh. hmm takde kot cenggini.

Plan utk pindah kerja dan menetap di area sana mmg ada. Cuma, tawaran tu lah. Tak kunjung tiba lagi.

An ni kaki auta. yang si aisha ni kaki sambung. memang layan ah. Duduk kat mamak 3 jam pon mmg rilek jer. Pastu minah ni plak tak attach dgn telefon, mmg geng ah..

Kafe buka order utk makanan pkul 7pm, tapi ktorg datang lepak pkul 5pm.. lps tu boleh minum air jer. An pulak mintak nuget ayam, frenchfries, keropok lekor, pisang goreng.. mana ada mnde alah tu.. tak wujud dalam penswastaan menu dorang pon. Lagi2 dorg kata boleh order air je kan?

hmm an an. Ini mmg sgt an.

Lagi pon, kitorg banyak bnde boleh share. Kitorg dekat2 dapat gelaran maksu. Kitorg buat degree sama2. tapi U lain. Aisha finance, An accounting.

Tahap serius nya an ni berbelanja ialah, dia sangat organized!

Beza rm0.10 antara speedmart dgn Darussalam pon dia trace, Dia mmg giler kaki jimat. Pencinta duit serta kaki jimat. Kalau tanya ann suka apa? 
'An tak kisah, an makan jer asalkan tak pedas. Tapi. an suka duit.' dgn nada yg serius. hmm

Bagusla! Robert Kuok pon start berjimat dan jual barangan dapur sejak usia 12 tahun. Sekarang, daru segi agriculture, bangunan, saham.. semua dia ada, dan berbisnes. Hebat bukan? 
Ini kalau an tau, mau mata dia terbuntang. haha. sebab tak pernah ada kesempatan nak bercerita dkt dia. 

Lagi pon minah ni malas baca sikit, dia suka kira.. kira duit. kira itu, kira ini. 

An cerita, dia start suka mengira dari zaman dia kanak2. Dia selalu tunggu ayah dia, lps tu sambil tunggu, dia akn kira kerusi dekat restoran2 tu dan total kan dan kira lagi sampai dia puas. Mcm aisha plak, dia suka puzzle, maths ni adalah struggle la. Tahun akhir diploma baru dapat feel dan momentum ke arah financing. Aneh.
                                                                *********************
I just wanna share this video, it makes me remember the old days. pakai topi bangah, try to imitate them. Zaman tu bankface tak wujud lagii. heheh. i just can't  stick with one favourite singer or band.. bcz i find that each of them has their own personality and creativity.

Tapi siang tadi dpt link lagu apa khabar_Joe Flizzow tu mmg sedih la. Tacing beb. Dah la. layan.




Sunday, March 31, 2013

Kawen in early days.

I met a frend, who get married in 29 years. He is my officemate, his name is Iqbal. Just because all of them  have many experiences in term of work and life. I respect them as my seniors.

He said, aku kawen masa 29 tahun. aku tak sure nak kawen masa tu. tapi aku kena push ngn bini aku. (masa tu kawan tp mesra). aku rasa. Ada org pinang dia. dia cakap 'awak nak kawen ngn saya tak? kalau tak sy kawen dgn org lain'. 
Hari2 dia push aku. 'nak kawen ngn sy tak?' aku pn stress.  kesiaann.hehe

yes u can bebeh.

Thursday, March 14, 2013

The stories of Untold. Cinta si Siti Hajar.

Bismillah...

uhhh.. aku takkan share personal thing kat sini! :')

I just want u to know that. We. Women may be seem very weak. fragile. But without us. 
You!
yes u men, u will suffer. 
u will blind. because u cant see this world without us.

yes. Love is like a sparks fly.

Tapi cinta bukan semudah itu. Kisah cinta yg benar2 menyentuh aku ialah siti hajar.We may seem very weak because the loved one. Tapi apa boleh buat. Itu mmg lumrah bagi perempuan. Ingat perempuan suka sangat ke org tengok dia hopeless? Dia tak suka ok. Tapi perempuan sbnye sangat kuat. Kalau tak takkan mampu perempuan mengandungkan satu lagi nyawa smpi 9 bulan.. dan melahirkan..

Ada perempuan kalau dah suka ssorg, dia akan merahsiakan spt lelaki tu tak wujud. Ada perempuan jenis gedik sana sini tak tentu hala. Ada perempuan jenis yg cool. Ok, tu bukan aku :(

Tiba masanya, Allah akan uji setiap hambaNya melalui perasaan sayang, suka.. tiba masanya!
kita kena ingat balik kisah Asiyah; isteri Firaun yg diperlakukan dgn kejam. Puteri Balqis yg mempunyai empayar, kerajaan nya sendiri..dan bertemu dgn Nabi Sulaiman.. ahh subhanallah. Saidatina Khadijah jutawan kaya raya yg bertemu jodoh dgn Rasulullah.. Ya Allah... cair!
Tak dinafikan, skg ni ramai sgt isteri yg derhaka.. kesian..tak cium bau syurga. Sayang.. 



Kenapa? 

sebab. Lupa kita ni asalnya dpd siapa. dan betapa rapatnya Adam dan Hawa itu. Dan mereka lupa perempuan serikandi Islam sgt memuliakan suaminya setinggi mana pun kedudukan yg Allah kurniakan terhadapnya..


Kisah Nabi Ibrahim meninggalkan Siti Hajar di kawasan tiada tumbuhan, air, binatang dan manusia! 
amat memberikan kesan yg mendalam buat aku..

Mana2 perempuan ingin rasa dijaga, disayangi oleh suami mereka. Tapi kisah Siti Hajar benar2 menyentuh hati aku... dan aku menangis bila aku dapat tau Nabi Ismail dibesarkan tanpa Nabi Ibrahim di sisi. dan... ketulusan dan keberanian Siti Hajar benar2 menyentuh hati aku.

Kisah wanita yg mengenang perjuangan suami demi agama Allah.. perempuan yg sabar, madu si siti sarah. Kisah nya bermula dgn Siti Sarah dan Nabi Ibrahim, dorang kawen, tapi tak dikurniakan zuriat. Oleh kerana seorang Nabi harus.. smestinya perlu ada zuriat, siti sarah pun izinkn Nabi Ibrahim utk bernikah lagi.. mulanya Nabi Ibrahim tak nak, tapi didesak oleh sarah.. Nabi Ibrahim pun ikut.
Maka bernikah la siti hajar dan Nabi Ibrahim, dikurniakan anak yg soleh; Nabi Ismail :')
Siti sarah pon jeles, perempuan.. al maklum. biasaaa. Siti Hajar ditinggalkan di padang pasir dgn Nabi Ismail yg baru lahir dan tanpa ap2 ditinggilkan Nabi Ibrahim. dan tempat yg tandus!

aku terfikir. 

kalau aku, pasti pasti. for sure aku akan tanya 'kita buat apa dekat sini?' 'apa salah saya' 'kenapa awak tinggalkan saya dkt sini, mcm mana sy nak makan..' 'kalau ye pon tak nak kat saya tinggalkan lah dkat tempat baik-baik sikit'

make sense lah kan?  huh.

Memang siti hajar wanita yg solehah dan sangat sabar. bagai langit dan bumi kalau aku dibandingkan dengan wanita zaman dulu. Jadi, nak katanya dekat sini, dah Nabi Ibrahim tinggalkan dia..baru dia tanya.. 
'awak nak tinggalkan saya dekat sini?' sambil menangis nangis dan merayu kpd Nabi Ibrahim jika ini kerana dosanya, ampunkan dosanya.
dengan rasa bersalah Nabi Ibrahim nak menjawab. Nabi Ibrahim kaku. Kelu. jawab siti hajar lagi..
'ada kah ini perintah Allah swt? jikalau ya, tak apa..awak pergilah. saya izinkan sebab ini perintah Allah. Jika keselamatan kami jangan risau, kami mohon perlindungan dan kekuatan dpd Allah swt'.


Waktu siti hajar menangis nangis tu, Allah buka kan hijab siti hajar. Di matanya, dia terlihat manusia pada masa akan datang berduyun duyun datang ke makkah. Tanah suci Allah. Maka siti hajar pn tenang.

Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: "Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."

Aku baca. Tersentak. Ya Allah.. hebatnya..

Tak lama lepas tu, bekalan makanan pun habis, air susu siti hajar pun kering, Nabi Ismail dah lapar.. jd menangis lah Nabi Ismail. Siti Hajar tak tau nak buat apa, dia pun mencari cari arah mana nak ambil air. Dari jauh, siti hajar nampak takungan air, dia pun berlari ke bukit safa. Tp apa yg dia nampak hnya fatamorgana. cari lagi. ke arah lain pula. lari lagi. Takk sedar dah 7 kali dia berulang alik. Makin lama makin kuat tangisan Nabi Ismail, Nabi Ismail pun hentak2 kan kaki ke tanah.

Terus terpancut air dari kaki Nabi Ismail!
Siti Hajar nampak terus terusan menyebut zami zami zami. yg bermaksud berkumpul lah berkumpul lah. seolah2 berkumpul lah demi anak aku.
Selepas peristiwa itu, kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Makkah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Makkah menjadi tumpuan manusia.

Maka, menjadi lah Makkah tempat yg sentiasa dikunjungi manusia di setiap pelusuk dunia spt ini 



Kisah Siti Hajar memang sangat sangat memberi kesan yg mendalam buat aku. 
Kisah ini dirakamkan dalam quran. tapi tak se femes kisah siti Balqis, asiyah.. Kisah ni femes menjelang raya haji je.. waaaha. apa daaa. Kisah ini sepatutnya masuk kursus kawen! 

sebab.

mcm mana seorg perempuan rilek je boleh kena tinggal seorg diri dgn bayi yg baru lahir dengan tak ada apa. Tanpa memarahi suami dia. Jauh sekali sebut perkataan "cerai". 

Each of us brings a little of Balqis inside of us.
Each of men bring a little of Nabi Sulaiman inside of them.
And every pair of us bring a pair of iman siti hajar and Nabi Ibrahim .

Maka, para gadis, jangan kecewa jika lelaki mengecewakan anda. We live with such strong spirit. We continually bring the soul of Siti Hajar inside of us. Generally speaking, yes...tu zaman bila. kita sekarang lain.. tapi tak. tolong jangan nerd sangat bole?

Kita manusia tetap sama, ye budaya dan masa berlalu dan tak sama. Tapi bila berkaitan degan sikap muslim. akhlak dan cara kami beribadat dan menghambakan diri kepada Allah tetap sama sampai kiamat. Tiga perkara itu tak akan berubah sama sekali...dan kami tak akan bertoleransi mengenai ketiga tiga hal ini. oke?


Oke, selamat malam, salam :)