Skip to main content

Cara Rasulullah mengatasi orang Menipu ^^.

Credit kpd blogger EncikCerah; sbb ini perkongsian atas blog dia :)

Ini kali pertama aku dengar sirah ini dan aku sangat teruja sebab pendekatan yang Rasulullah gunakan untuk tegur sahabat.
Suatu ketika, seorang sahabat Khawwat RA pergi bermusafir ke suatu tempat di Yaman bersama Nabi Muhammad SAW. Khemah yang diduduki Khawwat betul-betul bersebelahan khemah Rasulullah. Apabila baginda keluar dari khemah, Khawwat juga ikut keluar. Namun ketika berada di luar khemah, mata Khawwat ternampak sekumpulan wanita Arab yang cantik-cantik. Dia segera masuk semula ke dalam khemah untuk bertukar kepada persalinan yang lebih cantik dan keluar semula.

Selepas itu dia segera masuk dan duduk bersama-sama kumpulan wanita Arab itu tadi. Apabila Rasulullah ternampak Khawwat bersama kumpulan wanita itu, baginda segera mendekati Khawwat dan bertanya, “ya Khawwat, apa yang engkau buat di situ?”

Terkejut dengan kehadiran Rasulullah, Khawwat gelisah. Terkocoh-kocoh dia menjawab, “ya Rasulullah, aku sedang mencari tali tambatan untuk untaku. Dia tidak duduk diam.” Tanpa berkata apa-apa, baginda tersenyum kepada Khawwat lalu beredar

Namun setiap kali beginda terserempak dengan Khawwat, baginda akan bertanya, “apa cerita untamu yang tidak duduk diam tu?” keadaan ini berulang-ulang. Setiap kali baginda ternampak Khawwat, soalan yang sama akan ditanya. Khawwat berasa sangat malu dengan Rasulullah. Lalu dia mengambil keputusan untuk pulang ke Madinah terlebih dahulu.

Beberapa waktu selepas itu, sewaktu di Masjid Nabawi, Khawwat solat di suatu sudut. Dekat dengan bahagian masjid yang berhampiran dengan rumah baginda Rasulullah. Ketika itu, Rasulullah juga ada di Masjid Nabawi dan hendak pulang ke rumahnya apabila, baginda ternampak Khawwat sedang solat. Baginda duduk, dengan niat untuk menunggu Khawwat menghabiskan solatnya

Khawwat perasan Rasulullah ada di situ, seolah-olah menunggunya. Dek malu yang masih ada, terdetik dalam hatinya, “ah, baik aku panjangkan solat aku ni. biar panjang, jadi Rasulullah boleh beredar terus.”

Rasulullah dapat mengagak, yang Khawwat sengaja memanjangkan solatnya. Baginda bersabda, “ya Abdillah, aku akan terus tunggu di sini sehingga engkau menyelesaikan solatmu.”

Bila Khawwat terdengar kata-kata Nabi itu, dia membatalkan niatnya dan terus menyelesaikan solatnya. Selesai sudah, Rasulullah dihampiri. Kepalanya tertunduk, malu. Rasulullah bertanya, “ya Abdillah, apa cerita untamu yang tidak duduk diam itu?” Tahulah Khawwat, bahawa dia sudah tidak dapat lari lagi. Rasulullah memang sengaja bertanya begitu. Lalu dijawab sambil menangis, “ya Rasulullah, sesungguhnya sejak Islam, untaku sangat patuh kepada ku.”

Rasulullah tersenyum, lalu baginda bersabda: “moga Allah merahmati mu.” (raimakallah)

Lihatlah cara Rasulullah ingin tegur orang lakukan kesalahan,Rasulullah tak terus hukum dia buat salah sebaliknya Rasulullah tanya dulu apa yang sedang sahabat itu sedang lakukan. Then bila orang itu menipu,Rasulullah tidak nafikan tipunya tetapi Rasulullah manipulasikan tipu itu menjadi kata-kata yang benar.

Kalau kita?

Belum sempat belah yang buat salah cakap apa-apa kita dah 'kafir'kan
Belajarlah dari Sirah Baginda,banyak benda yang kita boleh belajar ^^

Comments

Popular posts from this blog

Anak Nakal.

Anak nakal tidak digemari tetamu. lebih2 lg anak yg sering mempraktikkan cara ShinChan dan Hagemaru. Anak pasif digemari tetamu. biarpn membisu dan spt patung..itu lebih baik =) Anak2 zaman skg ni bahaya jgak..kita marah dia, dia marah kita balik..kita cubit sikit, kepala kita kena ketuk. Mcm mana ni.. Apa yg mak bapak dia kena buat spy anak2 dia menjadi pewaris spt Sheikh Qadir al jailani, fathi yakan, imam2 yg tersohor zaman dulu..  teringat sy akan ceramah malam tadi, Rasulullah bersabda kajilah alam, namun perlu diikut dgn kitab (quran). Jika kita hanya mengkaji alam, maka kita hanya maju dr segi meterial, namun akhlak dan ketamadunan manusia itu miskin. Begitu jg sebaliknya. Mak ayah mmg memainkan peranan yg penting utk pembangunan insaniah anak2, antara yg kita selalu lupa ialah mendidik anak2 cintakan agama dan ilmu. Mak apak kena ajar anak pergi surau dan kenal Allah, siapa Rasulullah, apa yg Rasulullah kata..apa yg Allah tak bagi..kenapa Allah sayang hamba yg baik..kenapa

Doa Rabitah.

Nak tau tak, apa yg ada kelebihan utk doa ni..doa ini dapat merapatkan hubungan sesama manusia wpun deme berjauhan..ada sorg jejaka tu pernah tanya ustaz, ustaz mcm mn ust handle anak2..sedangkan ust selalu berjauhan dgn mereka.. dan ust tu kenalkan doa ini..insyaallah kalau selama ni kte pernah ada miscommunication dgn sespe, kte rs kurang serba serbi, hati asyik sedih2 atau pn apa...kte kembali kpd Allah.  Intisari maksud doa rabitah: Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini…  (bayangkan wajah-wajah rakan seperjuangan) :- (Sifat-sifat Hati) berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu kerana mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu; (Didikan Hati) maka eratkanlah ikatannya, kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini, tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar; (Bekalan Hati) penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung padam, lapangkanlah hati

Talking about love isn't orthodox at all.

Hi all,  For the past 5 months, i have spent my time with learning typing without looking into the keyboard.. ok.. i lied, i looked a bit. I also didn't expect to spend most of my time with listening to the abuse victims in many kind of crimes and at last most of them found in learning made them more valuable and now some of them became a social volunteers, some became as psychologists. Aside of making sure mom's emotion to much more stable, I also invent new recipes for mom, which i never had when i was super young. I was really surprised mom liked it.   ok. at this point, you'll be wondering what do i do for living?  okay, just a brief explanation..i have several shares on other companies which some of them were IPO's (Initial Public Offering is a shares that some companies open to the public) and some went into equity on healthcare, technology and pharmaceutical.  Back to the main story, i was really into story telling when i was young, until i made decision into fin