Skip to main content

Cara Rasulullah mengatasi orang Menipu ^^.

Credit kpd blogger EncikCerah; sbb ini perkongsian atas blog dia :)

Ini kali pertama aku dengar sirah ini dan aku sangat teruja sebab pendekatan yang Rasulullah gunakan untuk tegur sahabat.
Suatu ketika, seorang sahabat Khawwat RA pergi bermusafir ke suatu tempat di Yaman bersama Nabi Muhammad SAW. Khemah yang diduduki Khawwat betul-betul bersebelahan khemah Rasulullah. Apabila baginda keluar dari khemah, Khawwat juga ikut keluar. Namun ketika berada di luar khemah, mata Khawwat ternampak sekumpulan wanita Arab yang cantik-cantik. Dia segera masuk semula ke dalam khemah untuk bertukar kepada persalinan yang lebih cantik dan keluar semula.

Selepas itu dia segera masuk dan duduk bersama-sama kumpulan wanita Arab itu tadi. Apabila Rasulullah ternampak Khawwat bersama kumpulan wanita itu, baginda segera mendekati Khawwat dan bertanya, “ya Khawwat, apa yang engkau buat di situ?”

Terkejut dengan kehadiran Rasulullah, Khawwat gelisah. Terkocoh-kocoh dia menjawab, “ya Rasulullah, aku sedang mencari tali tambatan untuk untaku. Dia tidak duduk diam.” Tanpa berkata apa-apa, baginda tersenyum kepada Khawwat lalu beredar

Namun setiap kali beginda terserempak dengan Khawwat, baginda akan bertanya, “apa cerita untamu yang tidak duduk diam tu?” keadaan ini berulang-ulang. Setiap kali baginda ternampak Khawwat, soalan yang sama akan ditanya. Khawwat berasa sangat malu dengan Rasulullah. Lalu dia mengambil keputusan untuk pulang ke Madinah terlebih dahulu.

Beberapa waktu selepas itu, sewaktu di Masjid Nabawi, Khawwat solat di suatu sudut. Dekat dengan bahagian masjid yang berhampiran dengan rumah baginda Rasulullah. Ketika itu, Rasulullah juga ada di Masjid Nabawi dan hendak pulang ke rumahnya apabila, baginda ternampak Khawwat sedang solat. Baginda duduk, dengan niat untuk menunggu Khawwat menghabiskan solatnya

Khawwat perasan Rasulullah ada di situ, seolah-olah menunggunya. Dek malu yang masih ada, terdetik dalam hatinya, “ah, baik aku panjangkan solat aku ni. biar panjang, jadi Rasulullah boleh beredar terus.”

Rasulullah dapat mengagak, yang Khawwat sengaja memanjangkan solatnya. Baginda bersabda, “ya Abdillah, aku akan terus tunggu di sini sehingga engkau menyelesaikan solatmu.”

Bila Khawwat terdengar kata-kata Nabi itu, dia membatalkan niatnya dan terus menyelesaikan solatnya. Selesai sudah, Rasulullah dihampiri. Kepalanya tertunduk, malu. Rasulullah bertanya, “ya Abdillah, apa cerita untamu yang tidak duduk diam itu?” Tahulah Khawwat, bahawa dia sudah tidak dapat lari lagi. Rasulullah memang sengaja bertanya begitu. Lalu dijawab sambil menangis, “ya Rasulullah, sesungguhnya sejak Islam, untaku sangat patuh kepada ku.”

Rasulullah tersenyum, lalu baginda bersabda: “moga Allah merahmati mu.” (raimakallah)

Lihatlah cara Rasulullah ingin tegur orang lakukan kesalahan,Rasulullah tak terus hukum dia buat salah sebaliknya Rasulullah tanya dulu apa yang sedang sahabat itu sedang lakukan. Then bila orang itu menipu,Rasulullah tidak nafikan tipunya tetapi Rasulullah manipulasikan tipu itu menjadi kata-kata yang benar.

Kalau kita?

Belum sempat belah yang buat salah cakap apa-apa kita dah 'kafir'kan
Belajarlah dari Sirah Baginda,banyak benda yang kita boleh belajar ^^

Comments

Popular posts from this blog

Talking about love isn't orthodox at all.

Hi all,  For the past 5 months, i have spent my time with learning typing without looking into the keyboard.. ok.. i lied, i looked a bit. I also didn't expect to spend most of my time with listening to the abuse victims in many kind of crimes and at last most of them found in learning made them more valuable and now some of them became a social volunteers, some became as psychologists. Aside of making sure mom's emotion to much more stable, I also invent new recipes for mom, which i never had when i was super young. I was really surprised mom liked it.   ok. at this point, you'll be wondering what do i do for living?  okay, just a brief explanation..i have several shares on other companies which some of them were IPO's (Initial Public Offering is a shares that some companies open to the public) and some went into equity on healthcare, technology and pharmaceutical.  Back to the main story, i was really into story telling when i was young, until i made decision ...

what's life after resignation

when I felt I was really manipulated and became a cleaner of someone's fault and to be blam of.  I quit.  because things were downhill and I might lose my mom.  people were oblivious. some of em. I quit.  I hate them. but I decided to build a new life.  past 2 weeks, I have resigned, I get so much busy than before. I cleaned up the house diligently, read books more than before.  I fall sick so bad.  I just realized, I don't want to get lonely   what made me felt lonely now because, I'm sick.i can't do much,all I do is sleep and rest and I'm lonely. luckily,I talked to God a lot.  there are several guys try to get to know me,but..I don't know,I just felt like they're trying to spare their time not get lonely too. Which is okay...but,this is not cool man. maybe I'm in phase pretty sick right now, so my mood swing is a stardom. I hope I get better and find my tempo back to read and write. what I write is article,I don't read novels and don't kno...

Criticize

 I got criticize a lot for wearing burgundy lipstick like Taylor swift used to wear. hee.  There was a time, CFO said.. aisha tu kuat melaram je, bukan reti buat keje.  oh my.. that stab my heart profusely... where the inspiration came..  hmm what i try to resemble..  and it turns out... not very...ah apa2 jelah. haha i have the merchandise now.. eheee   masa zira kawen, i got very happy after chilling taylor concert at home.