Nak tau tak, apa yg ada kelebihan utk doa ni..doa ini dapat merapatkan hubungan sesama manusia wpun deme berjauhan..ada sorg jejaka tu pernah tanya ustaz, ustaz mcm mn ust handle anak2..sedangkan ust selalu berjauhan dgn mereka.. dan ust tu kenalkan doa ini..insyaallah kalau selama ni kte pernah ada miscommunication dgn sespe, kte rs kurang serba serbi, hati asyik sedih2 atau pn apa...kte kembali kpd Allah.
Intisari maksud doa rabitah:
Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini… (bayangkan wajah-wajah rakan seperjuangan):-
(Sifat-sifat Hati)
- berkumpul kerana mengasihiMu,
- bertemu kerana mematuhi perintahMu,
- bersatu memikul beban dakwahMu,
- hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu;
(Didikan Hati)
- maka eratkanlah ikatannya,
- kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
- tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar;
(Bekalan Hati)
- penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung padam,
- lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman,
- dan keyakinan serta keindahan tawakkal kepadaMu;
(Amalan Hati)
- suburkanlah hati-hati ini dengan pengetahuanMu yang hakiki,
- jika Engkau takdirkan kami mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu.
Engkaulah sebaik-baik sandaran dah sebaik-baik penolong.
Restuilah nabi kami, Nabi Muhammad S.A.W dan ahli keluarga Baginda serta sahabat-sahabat Baginda seluruhnya.
Ya Allah, restuilah junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga dan para sahabat Baginda semuanya. Juga berikanlah kesejahteraan kepada mereka sebanyak-banyaknya.
Comments
Post a Comment