Katakan satu hari,korang tengah drive keta pergi Kelantan dari Kuala Lumpur. On the way tu,dekat area Gua Musang,datang 5 buah kereta block keta korang,then culik korang,tutup mata korang dengan kain dan letak korang kat tengah hutan.Takut x?
Lepas dorang bla,korang pun buka kain yang tutup mata dan korang baru perasan yang korang berada di tengah-tengah hutan yang memang takda bayang manusia lansung. Hari makin gelap tapi korang still sesat di tengah hutan tanpa sebarang perlindungan. Dengan perut yang lapar dan suhu yang agak sejuk, apa perasaan korang? Ya,di dalam hutan di tengah malam,tak menakutkan?
Lepas seminggu,korang pun berjayalah keluar dari dalam hutan dan tiba-tiba ramai orang meluru ke arah korang dan kata tahniah,korang menang satu pertandingan. Rupa-rupanya korang terpilih sebagai peserta untuk 'survive in the jungle' dan korang mendapat hadiah yang sangat lumayan iaitu menjadi isteri kedua kepada raja di sebuah negara.
Hidup korang berubah secara total,daripada orang kebiasaan yang kalau nak iPod,kena kerja dan bertungkus-lumus selama sebulan tapi sekarang,minta je,kompom dapat. Korang bagaikan di syurga, segala nikmat yang korang mimpikan dulu sekarang korang dah kecapi. Set pinggan mangkuk Noritake yang bernilai RM2k korang ada,beg coach yang berharga RM6k pun korang ada,pendek kata,dah takde apa yang korang nak lagi.Waaa,bahagia sungguh hidup ni.
Tetiba gelang isteri pertama hilang dan dijumpai di bawah bantal korang. Korang tak curi tapi korang difitnah tetapi apakan daya,raja dah buat keputusan. Daripada seorang isteri yang boleh minta apa sahaja, sekarang korang dah diceraikan dan dijadikan dayang istana.Segala macam yang korang dapat tyme jadi isteri muda dulu dirampas dan diberikan kepada isteri pertama. Korang berada di tempat yang paling hina dan susah. Tamatlah sebuah kisah rekaan aq berdasarkan satu kisah yang sangat popular.
Saban hari kita diuji dengan pelbagai ujian,daripada ujian kesusahan kepada kesenangan. Bila kita diuji dengan kesusahan,kita rasakan Allah itu zalim. Dah la result peperiksaan tak elok,pasti kematian orang tersayang pula,pastu lepas seminggu orang tersayang pergi,kita dapat surat dibuang daripada sekolah. Kesusahan dunia ini seolah-olah tertumpu kepada kita,kitalah makhluk yang paling susah. Di mana Allah untuk membela nasib kita di waktu kita perlukan pertolongan Nya? Bukankah kita selalu solat dan membesarkan Nya?
Ya,hidup ini tidak adil.
Kawan kita yang tidak solat,dia berjaya di dalam peperiksaan.
Kawan kita yang tidak solat,dia pun tidak study tetapi dia dapat nombor 1 dalam peperiksaan.
Kawan kita yang tidak solat,minum arak,main perempuan dan tidak study,dia juga dapat anugerah dekan.
Tetapi kita?
Kita yang solat,study sampai pukul 4 setiap hari,tetap dapat result paling teruk.
Di mana Allah di waktu kita perlukan pertolongan Nya?
Itulah yang kita rasa.
Itulah yang kita tertanya-tanya.
Video-video ini ada jawapannya ^^
Comments
Post a Comment