Skip to main content

The stories of Untold. Cinta si Siti Hajar.

Bismillah...

uhhh.. aku takkan share personal thing kat sini! :')

I just want u to know that. We. Women may be seem very weak. fragile. But without us. 
You!
yes u men, u will suffer. 
u will blind. because u cant see this world without us.

yes. Love is like a sparks fly.

Tapi cinta bukan semudah itu. Kisah cinta yg benar2 menyentuh aku ialah siti hajar.We may seem very weak because the loved one. Tapi apa boleh buat. Itu mmg lumrah bagi perempuan. Ingat perempuan suka sangat ke org tengok dia hopeless? Dia tak suka ok. Tapi perempuan sbnye sangat kuat. Kalau tak takkan mampu perempuan mengandungkan satu lagi nyawa smpi 9 bulan.. dan melahirkan..

Ada perempuan kalau dah suka ssorg, dia akan merahsiakan spt lelaki tu tak wujud. Ada perempuan jenis gedik sana sini tak tentu hala. Ada perempuan jenis yg cool. Ok, tu bukan aku :(

Tiba masanya, Allah akan uji setiap hambaNya melalui perasaan sayang, suka.. tiba masanya!
kita kena ingat balik kisah Asiyah; isteri Firaun yg diperlakukan dgn kejam. Puteri Balqis yg mempunyai empayar, kerajaan nya sendiri..dan bertemu dgn Nabi Sulaiman.. ahh subhanallah. Saidatina Khadijah jutawan kaya raya yg bertemu jodoh dgn Rasulullah.. Ya Allah... cair!
Tak dinafikan, skg ni ramai sgt isteri yg derhaka.. kesian..tak cium bau syurga. Sayang.. 



Kenapa? 

sebab. Lupa kita ni asalnya dpd siapa. dan betapa rapatnya Adam dan Hawa itu. Dan mereka lupa perempuan serikandi Islam sgt memuliakan suaminya setinggi mana pun kedudukan yg Allah kurniakan terhadapnya..


Kisah Nabi Ibrahim meninggalkan Siti Hajar di kawasan tiada tumbuhan, air, binatang dan manusia! 
amat memberikan kesan yg mendalam buat aku..

Mana2 perempuan ingin rasa dijaga, disayangi oleh suami mereka. Tapi kisah Siti Hajar benar2 menyentuh hati aku... dan aku menangis bila aku dapat tau Nabi Ismail dibesarkan tanpa Nabi Ibrahim di sisi. dan... ketulusan dan keberanian Siti Hajar benar2 menyentuh hati aku.

Kisah wanita yg mengenang perjuangan suami demi agama Allah.. perempuan yg sabar, madu si siti sarah. Kisah nya bermula dgn Siti Sarah dan Nabi Ibrahim, dorang kawen, tapi tak dikurniakan zuriat. Oleh kerana seorang Nabi harus.. smestinya perlu ada zuriat, siti sarah pun izinkn Nabi Ibrahim utk bernikah lagi.. mulanya Nabi Ibrahim tak nak, tapi didesak oleh sarah.. Nabi Ibrahim pun ikut.
Maka bernikah la siti hajar dan Nabi Ibrahim, dikurniakan anak yg soleh; Nabi Ismail :')
Siti sarah pon jeles, perempuan.. al maklum. biasaaa. Siti Hajar ditinggalkan di padang pasir dgn Nabi Ismail yg baru lahir dan tanpa ap2 ditinggilkan Nabi Ibrahim. dan tempat yg tandus!

aku terfikir. 

kalau aku, pasti pasti. for sure aku akan tanya 'kita buat apa dekat sini?' 'apa salah saya' 'kenapa awak tinggalkan saya dkt sini, mcm mana sy nak makan..' 'kalau ye pon tak nak kat saya tinggalkan lah dkat tempat baik-baik sikit'

make sense lah kan?  huh.

Memang siti hajar wanita yg solehah dan sangat sabar. bagai langit dan bumi kalau aku dibandingkan dengan wanita zaman dulu. Jadi, nak katanya dekat sini, dah Nabi Ibrahim tinggalkan dia..baru dia tanya.. 
'awak nak tinggalkan saya dekat sini?' sambil menangis nangis dan merayu kpd Nabi Ibrahim jika ini kerana dosanya, ampunkan dosanya.
dengan rasa bersalah Nabi Ibrahim nak menjawab. Nabi Ibrahim kaku. Kelu. jawab siti hajar lagi..
'ada kah ini perintah Allah swt? jikalau ya, tak apa..awak pergilah. saya izinkan sebab ini perintah Allah. Jika keselamatan kami jangan risau, kami mohon perlindungan dan kekuatan dpd Allah swt'.


Waktu siti hajar menangis nangis tu, Allah buka kan hijab siti hajar. Di matanya, dia terlihat manusia pada masa akan datang berduyun duyun datang ke makkah. Tanah suci Allah. Maka siti hajar pn tenang.

Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera mengangkat tangannya untuk berdoa: "Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku di padang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur kepada-Mu."

Aku baca. Tersentak. Ya Allah.. hebatnya..

Tak lama lepas tu, bekalan makanan pun habis, air susu siti hajar pun kering, Nabi Ismail dah lapar.. jd menangis lah Nabi Ismail. Siti Hajar tak tau nak buat apa, dia pun mencari cari arah mana nak ambil air. Dari jauh, siti hajar nampak takungan air, dia pun berlari ke bukit safa. Tp apa yg dia nampak hnya fatamorgana. cari lagi. ke arah lain pula. lari lagi. Takk sedar dah 7 kali dia berulang alik. Makin lama makin kuat tangisan Nabi Ismail, Nabi Ismail pun hentak2 kan kaki ke tanah.

Terus terpancut air dari kaki Nabi Ismail!
Siti Hajar nampak terus terusan menyebut zami zami zami. yg bermaksud berkumpul lah berkumpul lah. seolah2 berkumpul lah demi anak aku.
Selepas peristiwa itu, kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang terus bermastautin di lembah Bakkah (Makkah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah kehendak Allah. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan Makkah menjadi tumpuan manusia.

Maka, menjadi lah Makkah tempat yg sentiasa dikunjungi manusia di setiap pelusuk dunia spt ini 



Kisah Siti Hajar memang sangat sangat memberi kesan yg mendalam buat aku. 
Kisah ini dirakamkan dalam quran. tapi tak se femes kisah siti Balqis, asiyah.. Kisah ni femes menjelang raya haji je.. waaaha. apa daaa. Kisah ini sepatutnya masuk kursus kawen! 

sebab.

mcm mana seorg perempuan rilek je boleh kena tinggal seorg diri dgn bayi yg baru lahir dengan tak ada apa. Tanpa memarahi suami dia. Jauh sekali sebut perkataan "cerai". 

Each of us brings a little of Balqis inside of us.
Each of men bring a little of Nabi Sulaiman inside of them.
And every pair of us bring a pair of iman siti hajar and Nabi Ibrahim .

Maka, para gadis, jangan kecewa jika lelaki mengecewakan anda. We live with such strong spirit. We continually bring the soul of Siti Hajar inside of us. Generally speaking, yes...tu zaman bila. kita sekarang lain.. tapi tak. tolong jangan nerd sangat bole?

Kita manusia tetap sama, ye budaya dan masa berlalu dan tak sama. Tapi bila berkaitan degan sikap muslim. akhlak dan cara kami beribadat dan menghambakan diri kepada Allah tetap sama sampai kiamat. Tiga perkara itu tak akan berubah sama sekali...dan kami tak akan bertoleransi mengenai ketiga tiga hal ini. oke?


Oke, selamat malam, salam :)

Comments

Popular posts from this blog

Doa Rabitah.

Nak tau tak, apa yg ada kelebihan utk doa ni..doa ini dapat merapatkan hubungan sesama manusia wpun deme berjauhan..ada sorg jejaka tu pernah tanya ustaz, ustaz mcm mn ust handle anak2..sedangkan ust selalu berjauhan dgn mereka.. dan ust tu kenalkan doa ini..insyaallah kalau selama ni kte pernah ada miscommunication dgn sespe, kte rs kurang serba serbi, hati asyik sedih2 atau pn apa...kte kembali kpd Allah.  Intisari maksud doa rabitah: Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini…  (bayangkan wajah-wajah rakan seperjuangan) :- (Sifat-sifat Hati) berkumpul kerana mengasihiMu, bertemu kerana mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu; (Didikan Hati) maka eratkanlah ikatannya, kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini, tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar; (Bekalan Hati) penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung padam, lapangkanlah hati

Anak Nakal.

Anak nakal tidak digemari tetamu. lebih2 lg anak yg sering mempraktikkan cara ShinChan dan Hagemaru. Anak pasif digemari tetamu. biarpn membisu dan spt patung..itu lebih baik =) Anak2 zaman skg ni bahaya jgak..kita marah dia, dia marah kita balik..kita cubit sikit, kepala kita kena ketuk. Mcm mana ni.. Apa yg mak bapak dia kena buat spy anak2 dia menjadi pewaris spt Sheikh Qadir al jailani, fathi yakan, imam2 yg tersohor zaman dulu..  teringat sy akan ceramah malam tadi, Rasulullah bersabda kajilah alam, namun perlu diikut dgn kitab (quran). Jika kita hanya mengkaji alam, maka kita hanya maju dr segi meterial, namun akhlak dan ketamadunan manusia itu miskin. Begitu jg sebaliknya. Mak ayah mmg memainkan peranan yg penting utk pembangunan insaniah anak2, antara yg kita selalu lupa ialah mendidik anak2 cintakan agama dan ilmu. Mak apak kena ajar anak pergi surau dan kenal Allah, siapa Rasulullah, apa yg Rasulullah kata..apa yg Allah tak bagi..kenapa Allah sayang hamba yg baik..kenapa

Talking about love isn't orthodox at all.

Hi all,  For the past 5 months, i have spent my time with learning typing without looking into the keyboard.. ok.. i lied, i looked a bit. I also didn't expect to spend most of my time with listening to the abuse victims in many kind of crimes and at last most of them found in learning made them more valuable and now some of them became a social volunteers, some became as psychologists. Aside of making sure mom's emotion to much more stable, I also invent new recipes for mom, which i never had when i was super young. I was really surprised mom liked it.   ok. at this point, you'll be wondering what do i do for living?  okay, just a brief explanation..i have several shares on other companies which some of them were IPO's (Initial Public Offering is a shares that some companies open to the public) and some went into equity on healthcare, technology and pharmaceutical.  Back to the main story, i was really into story telling when i was young, until i made decision into fin